Assalamulaikum & hai semua,
Kisah tentang cuti sekolah lagi dan disebabkan uminya juga cuti..(sempena semalam ~ hari keputeraan Agong kita).. ingat nak keluar bersiar-siar atau berkelah. Tapi encik asben tak berapa gemar keluar jauh-jauh masa cuti umum sebab malas nak mengahadap kesesakan dan bermacam lagi karenah kat jalanraya katenya...Maka hanya buat aktiviti 'spend time' bersama dekat-dekat aje ( kat mane lagi kalau dekat umah je lah...). Sebenranya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama...Oleh itu, pepagi buta lagi kami dah pergi memancing di kolam ikan belaan beliau untuk mencari barang seekor dua ikan talapia atau keli ...Mula-mula sesaja suka-suka nak mancing, tapi...bila dah dapat hasilnya...terpikir pulak nak main bakar-bakar sebelah malam memandangkan kami anak beranak memang biasa buat dan gemarkan santapan ikan tersebut!
sedapnya ikan bakar :)
ReplyDeletesedap.... ;)
ReplyDelete